THIS IS MY MOMENT IN HO CHI MINH
Muzium ini memberikan gambaran kepada sesiapa
sahaja yang berada di sini bagaimana perang yang berlaku antara Amerika
dan Vietnam pada masa dahulu. Muzium ini memberikan maklumat terperinci
kesan pada hari ini. Ia mengandungi pameran yang berkaitan dengan Perang Vietnam dan Perang Indochina pertama yang melibatkan penjajah Perancis.Kat
sini aku just pusing2 pozen mana tempat yang sesuai untuk buat
kenangan,dari hotel ke tempat ni tak jauh dalam 15 minit boleh sampai.
So memang jimat kalau plan awal-awal korang boleh visit tempat ni nanti.
Ben Thanh Market @ Chinatown Market
Terletak
di tengah-tengah kota Chinatown terbesar di Vietnam, bangunan pasar ini
pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melaluinya. Disebabkan
lokasinya yang terletak di tengah-tengah kota, pasar ini adalah antara
yang paling meriah di Ho Chi Minh. Yang penting, jangan berputus asa
bertawar-menawar kalau shopping di sini walaupun tergantung dengan jelas
papan tanda ‘Harga Tetap’nya, sure dapat murah punya lah!Sungguh unik, sememangnya bangunan ini bukanlah bangunan biasa, kerana ianya telah berdiri sekian lama sejak dari tahun 1880-an lagi dan pembinaannya telah dijalankan oleh orang Perancis yang pada ketika itu sedang menjajah Vietnam. Untuk pengetahuan anda, nama lain bagi Binh Tay Market adalah Cholon Chinatown Market. Alamat dia korang boleh cari di District 6, Ho Chi Minh City, Vietnam
Comments
Post a Comment