Bangkok

 


BANGKOK

Bangkok merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Thailand.  Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu bersaing dengan Singapura dan Hong Kong. Itulah sebabnya ia menjadi destinasi pelancongan yang popular di dunia.

 
Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Bangkok. Daripada bangunan klasik dan bersejarah seperti Grand Palace, pasar-pasar malam serta pusat membeli-belah yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah, tempat hiburan keluarga seperti di Dreamworld Bangkok, sehinggalah tempat membeli-belah yang mawah-mewah. Semuanya ada di Bangkok. Jom kita lihat 17 tempat menarik di Bangkok yang anda dan keluarga boleh lawati.
 
 
Damnoen Saduak merupakan sebuah pasar terapung yang cukup terkenal di dunia. Disebabkan pasar ini sangat unik dan lain daripada pasar-pasar sedia ada, makaDamnoen Saduak sering menjadi destasi pilihan pelancong untuk melihat sendiri kesibukan serta keunikan pasar ini. Anda boleh menyewa sebuah sampan yang akan membawa anda dari satu bot ke satu bot yang lain yang menjual pelbagai jenis makanan yang segar dan juga cenderamata.

Sekadar nak window shopping pun tidak mengapa, yang penting jangan lupa bawa kamera untuk merakam sebanyak mungkin foto yang epik semasa anda menaiki bot nanti. Datanglah ke sini pada awal pagi, kerana cuaca waktu pagi tidak begitu panas.

Lokasi: Damnoen Saduak, Damnoen Saduak District, Ratchaburi 70130

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am–12.00am)



Comments