Penang

 

Penang Street Art

Penang Street Art merupakan satu rangkaian lukisan mural yang boleh anda terokai dengan mudah di Bandar Gerogetown.Jangan terkejut, walaupun lukisan-lukisan mural ini hanyalah terletak di dinding luar bangunan, kadang-kadang anda perlu menunggu giliran kerana ramai pelancong ingin merakam gambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan.

Jadi, untuk elakkan perlu menunggu lama untuk bergambar, sebaiknya datang waktu pagi sebelum pukul 11 am. Pengalaman berjalan menyelusuri jalan-jalan yang terdapat lukisan mural ini sangat disyorkan untuk anda terokai. Aktiviti menarik di Penang Street Art ini bukan sahaja dengan bergambar bersama mural malah anda dapat juga menyelami & melihat suasana bangunan-bangunan lama yang terdapat di sekitarnya yang sesetengahnya menjangkau usia ratusan tahun

Bukit Bendera

Kalau tidak berkunjung ke Bukit Bendera, bukan bercuti di Penang namanya. Sekiranya ini adalah kali pertama anda melancong ke Penang, sangat disyorkan untuk masukkan destinasi ini ke dalam jadual perjalanan percutian anda. Bukit Bendera, satu tempat menarik di Penang yang sangat ikonik & sangat popular sejak zaman berzaman. Kawasan tanah tinggi ini merupakan lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti menarik di Penang yang lebih santai bersama anak-anak mahu pun pasangan.
 

Sebaik sampai di puncak, banyak tempat menarik di Bukit Bendera yang boleh anda jalan kaki atau menaiki buggy untuk melawat tarikan seperti Muzium Burung Hantu, The Habitat, SkyWalk & sebagainya

 


 

Tempat Makan Menarik di Penang Yang Sedap Waktu Malam

  1. Pak Mat Western (5 petang hingga 12.30 malam)
  2. Sany Char Koay Teow (4 petang hingga 2.30 pagi)
  3. Sup Hameed Penang (7 pagi hingga 3 pagi)
  4. Pasembur Menari (7.30 malam hingga 12 malam)
  5. Adam Char Koey Teow (5 petang hingga 3 pagi) – dibuka setiap hari kecuali hari Selasa

Tempat Makan Tengahari di Penang Yang Sedap

  1. Restoran Nasi Kandar Hameediyah (10 pagi hingga 10 malam)
  2. Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu (6.15 pagi hingga 1.30 petang)
  3. Restoran Anggerik Desa (7 pagi hingga 10 malam)
  4. Kedai Makan Nasi 7 Benua (11 pagi hingga 11 malam)

Tempat Lepak Minum Petang di Penang

  1. Cendol Penang Rod Famous
  2. Mee Udang Ayu Teluk Kumbar (1 petang hingga 10.30 malam)
  3. Laksa Janggus (3.30 petang hingga 8 malam)
  4. Ais Tingkap 1919 sebelah Pasar Chowrasta (11 pagi hingga 7 malam)
  5. Mee Sotong Hameed Pata (11.30 pagi hingga 8 malam)

Tempat Makan Menarik di Georgetown

Berdasar pengalaman kami sendiri semasa melancong dan bercuti, antara tempat makan menarik di georgetown adalah Sup Hameed, Coconut Joez, Starbright Coffee, Le Petit Four Patisserie, Le Bread Days, Scoops, Passion Heart Cafe, Gudang Cafe, Street Grill – Burger Bakar.

Tempat Wajib Pergi di Penang

Berdasar pengalaman kami sendiri, antara tempat wajib pergi di penang yang best dan menarik dari waktu siang hingga waktu malam ialah KOMTAR, ENTOPIA, ESCAPE PARK, PADANG KOTA LAMA

Aktiviti Malam di Penang

Antara aktiviti malam di penang yang best dan menarik untuk dilakukan sepanjang percutian di Pulau Pinang ialah jalan jalan di PADANG KOTA LAMA, PADANG BROWN, PAASR MALAM BATU FERINGHI

Comments