Pulau Dayang Bunting, Langkawi


Pulau Dayang Bunting ialah satu destinasi pelancongan yang menarik mesti dilawati jika anda bercuti ke langkawi.Tarikan utama ialah keindahan tasik air tawar yang luas dan alam semulajadi yang masih terpelihara dipulau ini.Selain itu beberapa aktiviti pelancongan turut disediakan untun pengunjung seperti kayak, merentas hutan  dan lain-lain.Ticket untuk dewasa berharga RM3 kanak-kanak RM 2 sahaja.




  

Tasek Dayang Bunting


Pulau dayang bunting adalah pulau yang kedua terbesar selepas pulau Langkawi. Namanya mungkin berasal dari gunung di pulau ini kerana kelihatan seperti perempuan mengandung yang sedang baring.Dalam perjalanan menaiki bot ke pulau ini, pelancong akan dibawa ke lokasi dimana pemandangan yang boleh Nampak dengan jelas.Gunung ini membentuk kepala , dada  dan perut perempuan yang sedang mengandung.


  
Pulau Dayang Bunting




Pulau ni terletak di selatan pulau langkawi berhampiran pulau tuba . Tiada jalan darat yang menghubungkan kedua-dua pulau ini. Cara untuk ke pulau ni adalah dengan menaiki bot secara pakej sendiri. Biasa ramai yang memilih pakej island Hopping dimana mereka akan membawa anda semua ke pulau yang lain seperti pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar.Lokasi jeti bot untuk ke pulau Dayang Bunting ialah Jeti Pelancongan Pekan Rabu di kuah dan Awana Porto Malai terminal pantai tengah.


Comments