Sekiranya anda berpeluang mengunjungi
Kota Kinabalu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengunjungi pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga
dikenali sebagai Pasar Filipino).
Nak beli mutiara,brooch,fridge
maghet atau souvenir untuk family? Hah Singgahlah Pasar Kraftangan Pasar
Filipino.Ada banyak kedai-kedai kecil shoplot,boleh pilih dan tawar menawar
harga.
Antara mutiara, brooch,
fridge magnet atau souvenir
Korang boleh tawar
menawar sampai makcik tu cakap boleh bah kalau kau..kekekeh
Lobster
bakar. Udang galah bakar. Ikan bakar. Ketam bakar. Pakcik bakar. Eh. Haha
Hati aku
pun terbakar, kehkehkeh.
Gaya kat sini, semua seafood yang
dipamerkan atas meja tu dah siap bakar. Kira bila kita order, diorang akan
bakar/panaskan semula. Katanya sebab permintaan terlampau banyak, jadi cara ni
paling cepat untuk hidangkan makanan.
Tapi, ada je yg belum siap bakar.
Kalau aku pun, aku suka request yg baru. Kalau x nak request bakar seafood
baru, kena hati-hatilah bila pilih seafood tu ya! Sebab dia terdedah atas meja
untuk masa yang agak lama. Jadi faham-faham je lah. Boleh juga tanya sama ada
seafood tu baru bakar, atau siang punya. Kalau dapat yang semalam punya? Meninggal
makkk masuk toilet tak kuar-kuar karang..hihihi
Sebelum beli, pastikan tanya harga
dulu supaya tak sakit jantung, hati dan limpa bila nak membayarnya. Pukul 9.30
malam aku datang, tempat ni lengang. Again, mungkin faktor weekend. Siang tak
bukak. Jadi, tak payah gatal-gatal singgah waktu siang!
Comments
Post a Comment