Taman Kinabalu (Kinabalu Park)

Kinabalu Park merupakan sebuah lokasi permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu. 

Untuk Sampai ke puncak Gunung memang jauh , So untuk masuk ke dalam Kinabalu park ni harga ticket seorang hanya RM3 sahaja.Tempat mana tak kena bayar dik semua tempat janji cantik okay masuk jugak lah.Pada mulanya aku sendiri tak tahu yang untuk naik ke atas jalan nye ..Yallah...berpusing-pusing sampai ada "Hamba Allah" seorang tu pun mabuk jugak lahai...Tapi percaya ke tak untuk sampai ke sesebuah tempat yang banyak dugaan tulah berbaloi sebab dekat dalam korang memang boleh napak real Gunung tu setinggi tidak dan secantik-cantik Alam.


Pesanan awal-awal ye bagi korang kalau tak ade staminal mohon jangan lah pergi suka suki nak panjat gunung tu dik kan kremmm kaki tak ade kren nak angkat....hehehe...So kita ambik pemandangan kat atas ni pun dah cukup berpuas hati.
 Pemandangan indah gunung Kinabalu 


   
Yang aku duk tengok tulah Gunung Kinabalu.!

 
Antara Lokasi kawasan Pergunungan boleh ambik gambar


Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat  atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.

Selfie puas-puas.!hehe

Comments