Sabah, Kota Kinabalu

Sabah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada Alam flora dan Fauna. Jadi dulu kalau di sekolah mata pelajaran Geografi mukin anda ingat balik ape itu Alam Flora dan Fauna..hehehe

Perjalanan dari Airport KK ke kundasang mengambil masa dalam 2 jam lebih , tengok pada yang memandu tu macam mana lah ye,sebab perjalanan ni memang mental & fizikal kena kuat jugak. So sepanjang jalan ni memang turun naik bukit , selekoh tajam dan jalanraya pun memang untuk 2 kete sahaja.Semasa kami kat sini memang BEST driver import dari KL Abg Hafiz (Navy) and Kak Liza (Wife) kebetulan pulak diaorang dulu pernah tinggal dekat sabah, so kira setakat bandar KK hope tak sesat la ye. Lagipun diaorang memang bercuti sambil Honeymoon, hopefully cuti kali ni lebih bermakna lah ye.

 Husband and Wife (Honeymmon)..Wwweewit....

Lokasi kundasang merupakan sebuah pecan kecil di dalam Ranau, Sabah juga sering menjadi tumpuan pendaki yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu memang Awesome. Dan perjalanan ke kundasang juga anda jangan lupa singgah di beberapa tempat menarik di kundasang semestinya menarik.
 
Desa Cattke Dairy Farm
Taman Kinabalu ( Kinabalu Park)
Kundasang War Memorial
Pasar Pekan Nabalu
Tagal Luanti sungai Moroli ( SPA ikan Sungai Moroli)
Pulau Manukan
Pulau Mamutik
                                      
 Selamat Sampai Airport Kota Kinabalu (KK)
 

Dekat KK juga ada kuanter untuk dapat kan Maklumat.



Hotel Marina Court Condominium Kota Kinabalu.

Bagi anda yang ingin menginap di kota kinabalu saya syorkan anda ambik package dekat trivago untuk dapatkan harga lagi murah.Marina Court merupakan kondominium yang berada betul-betul Bandar KK. Jika anda booking awal-awal anda mukin akan dapat harga lebih murah.Selepas habis kembara dikundasang kami menginap di marina Court kondo Kota kinabalu.Bandar mereka memang cantik jika anda berjalan waktu malam memang dekat dengan pasar philipines yang menjadi bualan orang ramai.






Berhadapan hotel ini juga anda akan melihat shopping complex betul-betul seberang jalan sahaja.Kalau anda tak percaya boleh google. Hehe..Paling BEST depan pintu masuk Hotel Marina ni anda akan napak Hard Rock Cafe memang awesome!belakang Hard rock tu betul-betul laut dan bot-bot nelayan masih parking cantik je dekat permukaan air.So tak rugi kalau anda menginap dekat marina court ni.Pada mereka yang ingin tahu tempat atau location hotel ni adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu Waterfront, Marina Court Condominium  (Marina Court Apartment) , Block D-04-08, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia.


Jangan tak percaya Abg ni memang TERER melukis.!Hah tu hasil keje tangan dia.Awesome!

Comments