Kundansang War Memorial

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun.Nak di ikutkan kami nak melawati semua tempat tapi disebabkan masa tak mengizinkan hanya sempat singgah kawasan pintu masuk sahaja.


Kundasang War Memorial ni terletak kat tengah-tengah pekan kundasang.On the way nak ke Desa Cattle Farm kami sempat singgah depan pintu pagar jelah sebab nak kejarkan lembu-lembu kat farm tu..hihihi..So korang jangan risau tempat ni memang ada sejarah nya tersendiri, ticket masuk RM2 je.Mohon jangan kremm kaki korang nak panjat tangga tu ye tinggi sikit je.

Selain itu juga berhadapan pintu War Memorial terletaknya Pasar malam atau pasar tani dimana kebanyakan orang sabah berniaga dari pagi sehingga  waktu malam.Dan suasana cuaca disini juga amat la sejuk bila waktu malam kerana kawasan pekan atau pasar mereka terletak disekitar bukit Kinabalu. Kebanyakan pakaian yang dijual adalah baju-baju “ Bunder “ . So harga nya lebih murah dan pelbagai makanan yang disediakan.








Comments